fbpx

Aiman mahu lakukan kejutan CP150

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIMAN (depan) menguasai sesi kelayakan CP150 pada pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (Utara) sebentar tadi.

PELUMBA pasukan Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Mohd. Aiman Tahiruddin mengotakan janjinya apabila menguasai sesi kelayakan CP150 pada pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (Utara) sebentar tadi.

Bagaimanapun, Aiman tidak mahu terlalu selesa dengan catatan terbaiknya itu apabila sedar tugasnya belum berakhir sebaliknya perlu bekerja keras pada perlumbaan sebenar nanti.

Tahun ini, pelumba kelahiran Kuala Lumpur itu meletakkan juara keseluruhan selepas empat tahun berada dalam kancah saingan CP150 bersama pasukan CKJ Racing.

“Sungguh mendebarkan kerana rata-rata pelumba bersaing dengan begitu hebat untuk mendapatkan catatan terbaik pada hari ini. Sudah pasti saingan esok (hari ini) pasti sukar kerana rata-rata pelumba akan bersaing untuk merebut podium. 

“Secara keseluruhan saya gembira dengan prestasi jentera dan saya harap mampu lakukan terbaik bersama pasukan. Terima kasih kepada pasukan yang menyediakan jentera yang cukup sempurna pada hari ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Catatan masa satu minit 16.736 saat (s) yang dirakam oleh Aiman pada saat-saat terakhir sesi kelayakan CP150 membuktikan perkembangan positif buat pasukan CKJ Racing apabila seorang lagi pelumbanya, Mohd. Affendi Rosli turut muncul sebagai pelumba ketiga terpantas dengan catatan masa 1’17.052s.

Azroy Hakeem Anuar daripada pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team menamatkan sesi kelayakan di tangga kedua terpantas dengan catatan masa 1’17.010s. Rekod Lap terpantas 1’16.426s kategori CP150, di Litar Sepang Utara masih lagi dalam genggaman Azroy. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI