fbpx

Tren tergelincir dalam terowong, empat maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta api ini dalam perjalanan dari Taipei menuju ke bandar raya Taitung di tenggara Taiwan. -Facebook/CNA

TAIPEI  – Sebuah keretapi sarat dengan penumpang tergelincir di dalam sebuah terowong di timur Taiwan hari ini, kata pihak berkuasa ketika mengesahkan sekurang-kurangnya empat penumpang terbunuh.

“Kira-kira empat orang maut,” kata Pusat Operasi Kecemasan Pusat dalam satu kenyataan sambil menambah, pasukan penyelamat berusaha untuk memasuki empat gerabak di dalam terowong tersebut yang rosak teruk dan sukar diakses.

Klip video pendek disiarkan pusat berkenaan menunjukkan anggota penyelamat tiba di tempat kejadian  dan sebuah pintu gerabak yang bengkok.

“Sekurang-kurangnya 15 orang telah dihantar ke hospital”, tambah pusat tersebut.

Kemalangan itu berlaku di laluan timur Taiwan sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) dekat bandar tepi pantai, Hualien.

Kereta api lapan gerabak itu dalam perjalanan dari Taipei menuju ke bandar raya Taitung di tenggara Taiwan. Ketika kejadian kereta api itu membawa kira-kira 350 penumpang. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI