fbpx

Neelofa tayang momen bahagia naik ‘jetski’, kereta kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN video InstaStory Neelofa memaparkan dia dan Haris menikmati keindahan Pulau Langkawi dengan menaiki kereta kabel dan 'jetski'.

PETALING JAYA – Setiap aktiviti yang dilakukan selebriti popular Neelofa bersama suaminya Haris Ismail yang kini berada di Pulau Langkawi, Kedah atas urusan kerja sentiasa menjadi perhatian netizen.

Terbaharu, Neelofa menerusi InstaStorynya berkongsi momen-momen bahagia bersiar-siar di pulau peranginan tersebut bersama suami tercinta.

Sejak semalam, Neelofa memuat naik beberapa video memaparkan dia dan Haris bersiar-siar sambil menaiki kereta kabel.

Dalam perkongsian tersebut, mereka kelihatan cukup mesra dan bahagia kerana tidak lekang daripada berpegangan tangan sepanjang menghabiskan masa di atas puncak lokasi kereta kabel berkenaan.

Hari ini pula, pasangan sejoli itu dilihat seronok menaiki ‘jetski’ dengan mengelilingi dan menikmati keindahan pulau di sana.

Sebelum mereka keluar melakukan aktiviti tersebut, bekas pengacara MeleTOP itu sempat mempromosikan minuman botani keluaran jenama produknya, Nilofa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI