fbpx
AKSI mesra Neelofa dan PU Riz yang tertangkap kamera selepas sah jadi suami isteri.

Hangat sungguh ciuman Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASIH tentang Neelofa dan Haris Ismail. Ketepikan sekejap soal kertas siasatan majlis perkahwinannya kini dimulakan polis, Mizz Lahar nak cakap tentang kemanisan pasangan sama cantik sama padan itu yang dipuja ramai.

Seperti tidak bernoktah, setiap hari ada saja cerita tentang mereka jadi bahan bualan, termasuklah gambar Neelofa sedang mencium pipi Haris yang dicemburui ramai.

Amboi! Manja sungguh aksi Neelofa dengan suaminya itu. Di sebalik niqabnya, mungkin itulah sisi berbeza yang tidak semua tahu tentang Neelofa.

Malah, ada yang menggelar aksi tersebut sebagai ciuman berlapik buat suami tercinta. Lucu mendengar semua gelaran yang diberikan netizen.

Mengejutkan, apabila ada juga insan semacam tak puas hati tengok kemanjaan Neelofa yang dipertontonkan kepada umum. Katanya gelojoh sangat. Betul ke? Biarlah, dah halalkan.

Ramai juga yang tidak sabar menanti zuriat mujtahid daripada mereka.

MIZZ LAHAR: Ke negara mana agak Nur Sajat pergi bersembunyi, hebatlah!

POPULAR