fbpx

Hakim Khan main Emoji Hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIM KHAN

PERJALANAN penyanyi muda berusia 20 tahun itu masih jauh. Kariernya baru hendak bermula selepas hadir dengan single terbaharu berjudul Emoji Hati.

Pemilik nama pentas Hakim Khan itu juga bersyukur apabila impiannya untuk bergelar penyanyi tercapai lantaran dilamar oleh syarikat rakaman 17 Eleven Music sekitar Jun tahun lalu.

Biarpun dilihat masih ‘hijau’ menelusuri dunia hiburan tempatan, Hakim atau nama sebenarnya Muhammad Al-Hakim Khan Farrikh Hadi sudah cukup gembira selepas bakat nyanyiannya mendapat perhatian.

Menurut Hakim, lamar pihak syarikat rakaman hadir selepas menyaksikan nyanyiannya dalam YouTube.

“Sebelum ini saya banyak menghasilkan video (cover) lagu daripada penyanyi lain dan berkongsinya dalam YouTube. Daripada situlah 17 Eleven Music nampak bakat saya dan menghubungi ibu untuk mengambil saya menjadi artis rakaman.

“Selepas berbincang dan mendapat persetujuan keluarga, saya akhirnya menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman untuk menjadi artis naungan 17 Eleven Music,” kata Hakim.

HAKIM KHAN kini muncul dengan single terbaharu berjudul, Emoji Hati.

Memandangkan usianya baru mencecah 20 tahun, Hakim turut mempunyai perancangan untuk menyambung pengajian.

Jika diikutkan, penyanyi muda itu ingin menyambung pelajaran sejak tahun lalu, namun terpaksa menangguhkan perancangannya kerana pandemik Covid-19.

Ditanya alasan yang membuatkan dia begitu meminati dunia muzik, Hakim mengakui muzik begitu sebati dengan dirinya sejak kecil.

Seawal usia dua tahun, Hakim telah didedahkan dengan instrumen muzik iaitu gitar.

“Selain gitar saya juga berkebolehan untuk bermain piano. Tetapi untuk nyanyian, sebelum saya diperkenalkan dengan muzik lagi saya sudah minat untuk menyanyi.

“Semasa kecil ayah selalu memainkan lagu di rumah dan kami akan menyanyi bersama-sama. Jadi daripada situ bakat saya telah diasah untuk menjadi penyanyi,” katanya.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu juga mengakui sangat meminati dan mengagumi bakat penyanyi Faizal Tahir dan. Dia bahkan bercita-cita untuk berkolaborasi dengan lelaki itu suatu hari nanti.

“Saya rasa Faizal Tahir seorang penyanyi yang hebat dan berbakat. Bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi juga dalam penulisan lagu,” ujar Hakim.

Sebelum tampil dengan single Emoji Hati, Hakim sebelum ini pernah hadir dengan dua buah lagu iaitu Kau Mampu (2016) dan Terus Cuba feat Mimi Fly (2018).

SEBELUM ini Hakim pernah mahu mencuba bakat dalam program Idola Kecil dan Ceria Pop Star, namun usahanya gagal. Rezeki nyanyiannya kembali terbuka apabila dia kerap memuat naik video nyanyian dalam
YouTube.

Bagaimanapun, lagu tersebut kurang mendapat tempat di hati pendengar.

Namun, situasi tersebut menjadi pengalaman berharga buat dirinya untuk terus mencuba tanpa mengenal erti putus asa.

“Sebenarnya sejak 2013 lagi saya cuba untuk menempatkan diri dalam bidang ini. Saya pernah menyertai uji bakat program Idola Kecil tetapi tidak terpilih. Seterusnya, pada 2014 saya cuba nak masuk program Ceria Pop Star pula, pun gagal. Namun, semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencuba,” kata Hakim.

Untuk single Emoji Hati, Hakim Khan memilih untuk menggabungkan dua genre iaitu pop dan balada.

“Alhamdulillah, walaupun belum meluas, saya bersyukur dengan sambutan diberikan di platform digital dan YouTube. Pandemik Covid-19 sedikit sebanyak menyukarkan aktiviti promosi di radio dan televisyen, namun saya percaya dengan strategi dan perancangan syarikat rakaman,” katanya

Hakim kini giat mempromosikan lagu Emoji Hati hasil ciptaan Shazee Ishak dan lirik oleh Raja Muizuddin Shah itu dalam media sosial peribadi supaya melekat di hati pendengar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI