fbpx
Rina berucap pada konvensyen NGO KPWKM 2021 di Hotel Everly di sini, hari ini,. Foto FAISOL MUSTAFA

Dekati warga emas, OKU daftar vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Rasa ragu-ragu, mahu melihat keberkesanan dahulu selain memerlukan bantuan untuk pendaftaran antara faktor golongan warga emas belum mendaftar bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, justeru pihak kementeriannya menggerakkan agensi di bawahnya termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendekati warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) untuk pendaftaran tersebut.

Menurutnya, langkah tersebut giat dilaksanakan bagi menggalakkan mereka mendapatkan vaksin fasa kedua yang mengutamakan warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyakit kronik bermula 19 April ini.

“Kita mempunyai kira-kira 500,000 penerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ini belum lagi dengan institusi lain. Kalau Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), kita ada seramai 47,000 orang daripada keseluruhan 143 PAWE.

“Jadi kerajaan melalui kementerian ini mendaftarkan mereka secara berperingkat untuk memudahkan dari segi pendaftaran bagi PICK,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen NGO di sini hari ini.

Beliau berkata, senarai nama penerima bantuan dan institusi di bawah JKM melibatkan warga emas dan OKU boleh diserahkan untuk pendaftaran bagi menerima vaksin Covid-19 iaitu dengan syarat mereka turut bersetuju.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN