fbpx

Raline Shah langgar sensitiviti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RALINE SHAH

HANTARAN yang sering dimuat naik pelakon Raline Shah dalam Instagramnya sering mendapat pujian dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, dalam satu hantaran terbaharu yang dikongsikan pelakon Polis Evo 2 itu baru-baru ini telah dikritik peminat kerana dianggap tidak sensitif ketika bergambar di satu tempat dipercayai di dalam sebuah masjid.

Dalam gambar tersebut, pelakon yang pernah membintangi filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu turut memakai kasut dalam bangunan.

Biarpun tidak memberitahu lokasi sebenar gambar tersebut dirakamkan, netizen mengandaikan pelakon itu berada di dalam masjid berdasarkan dekorasi dalaman bangunan berkenaan.

“Di dalam masjid tidak boleh memakai kasut. Sayang. Sudah cantik di luar tetapi dalam masya-Allah,” tegur salah seorang pengikutnya.

Bagaimanapun, seorang netizen menerusi komennya memberitahu bahawa lokasi tersebut merupakan sebuah hotel mewah yang terletak di Dubai dan bukannya masjid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI