fbpx

Lelaki patah tujuh gigi dibelasah pemandu samseng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan mangsa selepas dibelasah suspek dalam kejadian di lampu isyarat berhampiran Jalan Kolam, kelmarin. /FOTO IHSAN PDRM

KOTA KINABALU – Seorang lelaki patah tujuh gigi selain cedera pada bahagian kepala serta tangan selepas dibelasah pemandu sebuah kenderaan lain di lampu isyarat berhampiran Jalan Kolam, di sini kelmarin.

Dalam kejadian sekitar pukul 10 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun memandu kereta jenis Honda S660 dikatakan berselisih faham dengan seorang pemandu kereta Perodua Alza selepas menegur cara pemanduan lelaki itu.

Teguran itu dibuat ekoran kegagalan pemandu kereta tersebut yang dilihat gagal memberikan isyarat untuk masuk ke lorong laju.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, bengang dengan teguran itu, pemandu Perodua Alza dikatakan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan batang besi.

“Menurut laporan diterima, suspek turut dipercayai memukul mangsa di kepala dan tangan menggunakan batang besi yang sama.

“Suspek kemudiannya masuk semula ke dalam kenderaannya lalu meninggalkan lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, mangsa yang cedera kemudiannya dibantu orang awam untuk keluar daripada kenderaan sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, suspek yang berusia 36 tahun itu sudah dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI