fbpx

Polis pantau kenduri, tahlil di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Semua lapisan masyarakat di negeri ini yang berhasrat untuk menganjurkan majlis seperti kenduri kahwin, tahlil, keraian dan perjumpaan perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak polis berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, langkah itu selaras dengan keputusan yang telah dicapai menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan.

Menurutnya, pendekatan itu merupakan salah satu usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19 di Kelantan yang menunjukkan peningkatan ketika ini.

“Polis akan turun padang untuk menjalankan pemeriksaan di majlis-majlis yang memohon kebenaran untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi.

“Kita juga akan memeriksa sama ada majlis yang dianjurkan mempunyai kelulusan atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas JKKN Kelantan di Kota Darulnaim yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Abdullah, polis tidak akan berkompromi dengan individu yang dikesan melanggar SOP yang ditetapkan dan tindakan kompaun bermula RM1,500 sehingga RM10,000 akan terus dikenakan kepada mereka yang melanggar SOP.

“Pemantauan berterusan akan terus dijalankan dari masa ke semasa kerana kebanyakan kes Covid-19 di Kelantan berpunca daripada majlis keramaian,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI