fbpx

Peniaga nasi ayam melecur disambar api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya hari ini.

REMBAU – Seorang peniaga nasi ayam Hainan Singapura berhadapan detik-detik cemas apabila bahagian muka, kepala dan tangan kanannya disambar api dalam kejadian di Pekan Pedas, di sini, 24 Mac lalu.

Mangsa, Muhammad Muizzu Mohd Noor, 30, berkata, ketika kejadian dia seperti biasa sedang menyiapkan pesanan dan melayan pelanggan di restoran yang baharu sahaja beroperasi Februari lalu.

Menurutnya, dia baharu sahaja membeli ketuhar berkenaan dan tidak menyangka akan berhadapan dengan kejadian itu memandangkan sudah berpengalaman lebih lima tahun menggunakan peralatan itu.

“Ini kali kedua saya guna ketuhar yang sama untuk memanggang ayam. Hari pertama, sehari sebelum kejadian.

“Keesokan harinya ayam kurang masak walaupun saya menggunakan suhu dan tempoh masa yang sama. Saya cuba memperbetulkan bahagian pemutar, namun tiba-tiba api dari dalam ketuhar menolak penutup lalu menyambar bahagian muka saya,” katanya ketika ditemui di Desa Permai Pedas, di sini hari ini.

Susulan kejadian berkenaan, peniaga itu telah membuat laporan di Balai Polis Pedas hari ini bagi menuntut hak sebagai pengguna dan diberikan pampasan ketuhar.

Menurutnya, laporan polis lewat dibuat susulan dia ditahan di wad Hospital Rembau selama lima hari bermula Rabu lalu hingga hari ini.

“Selepas disambar api, saya terus mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pedas sebelum dirujuk ke Hospital Rembau susulan keadaan melecur yang teruk.

“Akibat kejadian itu juga, rambut saya terbakar dan terpaksa dibotakkan pada bahagian hadapan,” ujarnya.

Katanya, operasi perniagaan juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI