fbpx

Syarikat produksi tidak jujur ceroboh Gua Matsoorat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan contengan pada dinding dalam Gua Matsoorat telah merosakkan lukisan prasejarah berusia lebih 5,000 tahun yang dipercayai lukisan manusia Zaman Neolitik.

IPOH – Syarikat produksi drama yang menceroboh masuk ke Gua Matsoorat sehingga merosakkan fosil berusia jutaan tahun di situ tidak jujur apabila hanya memohon kebenaran untuk melakukan penggambaran di kawasan luar gua serta sekitar bandar raya itu sahaja dan berjanji mematuhinya.

Malah, tindakan kru penggambaran dari Kuala Lumpur itu memasuki kawasan warisan bersejarah berkenaan adalah satu kesalahan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya telah memberikan kelulusan kepada syarikat berkenaan untuk menjalankan penggambaran di kawasan luar gua serta sekitar bandar raya Ipoh sehingga 30 April.

“Ya, saya mengesahkan berlaku pencerobohan Gua Matsoorat dan fosil berusia jutaan tahun dirosakkan selepas satu syarikat produksi menjalankan penggambaran di kawasan tersebut baru-baru ini.

“Saya kata ia pencerobohan gua kerana kita bagi kebenaran di kawasan gunung tersebut cuma tidak dibenarkan masuk gua kerana masih dalam kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkaitan fosil,” ujarnya kepada pemberita.

Beliau ditemui pada program Gotong-royong Denai Sungai Kebangsaan sempena Hari Air Sedunia 2021 di Dataran Sungai Kinta di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI