fbpx

Prolintas sedia beberapa akses untuk penduduk Puncak Banyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKE mobile kiosk di tapak kejadian 24 jam, berhadapan kondominium Puncak Banyan bagi membantu penduduk sekitar.

PETALING JAYA – Beberapa akses baharu disediakan kepada penduduk Kondominium Puncak Banyan yang terjejas dengan insiden komponen kren terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. (SUKE) baru-baru ini.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan berkata, antara akses tersebut adalah menyediakan kawasan letak kereta kepada penghuni kondominium dan sekitarnya bermula semalam.

Selain itu, satu lorong pejalan kaki yang sedia ada telah dibersihkan dan diperluaskan untuk memastikan penduduk mempunyai akses yang lebih selamat.

“Sebagai tambahan, satu akses baharu telah dibina dan dibuka di belakang blok A kondominium terbabit.

“Bagi menjamin keselamatan pengguna, lampu limpah akan digunakan pada waktu malam serta penempatan pengawal keselamatan selama 24 jam sehari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Prolintas, bagi memudahkan pergerakkan keluar masuk kepada penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, SUKE juga menyediakan dua van perantara (shuttle van) yang beroperasi dari pukul 7 pagi sehingga 9.30 malam setiap hari.

“Pembukaan tempat letak kereta, lorong pejalan kaki dan khidmat van perantara ini adalah bersifat sementara sehingga selesai kerja-kerja pengalihan struktur kren gantri dan pembaikan kawasan insiden,” ujar Prolintas.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI