fbpx

Korea Utara kembali ancam keamanan Asia Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 8 Februari 2018 menunjukkan peluru berpandu balistik Hwasong-12 semasa perarakan tentera di Pyongyang. - AFP

SEOUL – Korea Utara menembak dua projektil ke dalam laut awal hari ini, kata tentera Korea Selatan dalam apa yang disifatkan sebagai ujian peluru berpandu balistik pertama Pyongyang semasa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Ketua staf bersama Seoul berkata dalam satu kenyataan bahawa projektil tidak dikenali itu dilancarkan dari wilayah Hamgyong di selatan Korea Utara dan jatuh di Laut Jepun juga dikenali sebagai Laut Timur di Korea.

Tiada maklumat lanjut tentang jenis peluru berpandu yang dilancarkan tetapi tentera Korea Selatan menyatakan, pihaknya telah meningkatkan pengawasan dan bekerjasama rapat dengan AS.

Pihak kediaman rasmi Presiden Korea Selatan, Blue House juga memberitahu bahawa mereka akan mengadakan mesyuarat majlis keselamatan negara.

Pelancaran hari ini berlaku selepas Pyongyang membedil dua peluru berpandu jarak dekat bukan balistik ke arah China hujung minggu lalu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga berkata, pelancaran terbaharu itu melibatkan dua misil balistik.

“Setahun berlalu sejak mereka (Pyongyang) melancarkan peluru berpandu.

“Tindakan ini mengancam keamanan dan keselamatan negara kita dan rantau ini. Ia juga melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya kepada pemberita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI