fbpx

Kilang, hostel jadi PPV di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (kiri) dan Amirudin pada sidang akhbar selepas mesyuarat badan bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat negeri Selangor hari ini. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kilang dan hostel pekerja di Selangor akan dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khususnya dalam fasa kedua dalam memudahkan urusan memulihkan ekonomi khususnya di negeri ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu telah dipersetujui pihaknya dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan jemaah menteri telah mengarahkan beliau sendiri agar memberikan tumpuan kepada Selangor sebagai negeri pemacu ekonomi negara.

Katanya, langkah itu susulan negeri ini pada ketika ini masih ada kadar jangkitan tinggi terutama di kawasan industri.

“Kita akan senaraikan kilang dan bekerjasama dengan mereka untuk melaksanakan pemberian vaksin di kilang dan hostel. Jadi, mereka tidak perlu keluar ke PPV.

“Setakat ini, terdapat 90 PPV di Selangor dan kita akan menambah PPV itu bergantung kepada penghantaran vaksin dari luar negara,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat badan bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Selangor yang dipengerusi bersama Amirudin, hari ini.

Khairy turut memaklumkan beliau akan membuat pengumuman kategori-kategori lain untuk fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua pada Isnin depan.

“Ada kumpulan dikategorikan sebagai barisan hadapan ekonomi dan kumpulan lain yang telah dipersetujui dalam Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin.

“Keutamaan PICK fasa kedua ini tetap kepada warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan individu mempunyai penyakit kronik walaupun pendaftaran mereka kurang mendapat sambutan,” jelasnya.

Ketika ditanya berkenaan pembelian vaksin oleh kerajaan negeri Selangor, Khairy menegaskan sedia membantu dari sudut tersebut yang amat dialukan dalam menampung pertambahan vaksin yang disediakan kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Amirudin memberitahu, perkara difokuskan adalah memastikan PICK fasa pertama dapat diselesaikan pada April ini dengan 83 peratus proses itu telah berjaya diselesaikan, logistik terutama PPV dan mempertingkatkan proses pendaftaran terutama kepada warga emas dan kelompok yang mempunyai penyakit kritikal.

“Kita menyambut baik pengumuman Khairy untuk mempercepatkan proses vaksinasi untuk industri agar sektor itu dapat beroperasi dengan kapasiti penuh. Kita mempunyai 120 syarikat dengan lebih tiga juta pekerja di Selangor yang menjadi sumber pendapatan kepada negara keseluruhannya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI