fbpx

Eina Azman hadiahkan ‘maid’ rantai emas, untungnya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Eina Azman yang menghadiahkan seutas rantai emas kepada salah seorang pembantu rumahnya menerima pujian ramai.

Setiap pekerja sentiasa mahukan majikan tahu menghargai mereka dan itu yang dilakukan selebriti popular Datin Paduka Eina Azman baru-baru ini.

Momen manis tersebut dikongsi Eina dalam Instagramnya yang memaparkan dia meraikan ulang tahun kelahiran salah seorang pembantu rumahnya.

Lebih mengagumkan, Eina turut menghadiahkan seutas rantai istimewa kepada pembantu rumahnya yang dibahasakan sebagai Megawati itu.

“Selamat hari lahir kepada orang kuat saya, Megawati dan terima kasih sebab banyak membantu meringankan segala kerja-kerja di rumah.

“Kamu nak rantai baharu kan? Ini saya hadiahkan buat kali kedua. Harap kamu gembira pada sambutan hari jadi yang terakhir bersama saya tahun ini,” tulis Eina.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian dan pujian ramai. Rata-rata netizen memuji sikap baik Eina terhadap pekerjanya.

Beruntung sungguh jadi pekerja Eina, ada kerja kosong tak?

MIZZ LAHAR: Lain kali kalau tak mahu orang salah faham, jangan letak tanda pagar bulan madu. Beringatlah ya pasangan pengantin baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI