fbpx

Dadah bernilai RM360,000 dalam bungkusan teh dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Jalil (tengah) menunjukkan barang rampasan termasuk dadah dan wang tunai dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Kuantan di Kuantan hari ini.

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN – Taktik setu sindiket yang menyembunyikan dadah dalam bungkusan teh gagal mengaburi pihak polis yang berjaya merampas 10 bungkusan dadah bernilai RM360,000 dalam satu operasi di Jalan Bentong-Karak dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, dalam operasi kira-kira pukul 8.20 malam itu polis turut menahan dua lelaki berumur 58 dan 28 tahun di sebuah stesen minyak.

“Hasil pemeriksaan sebuah kenderaan telah menemukan 10 bungkusan teh yang diletakkan di dalam guni yang mana setiap bungkusan teh itu mengandungi satu paket lut sinar berisi serbuk dan ketulan jernih dipercayai dadah jenis syabu.

“Pihak polis turut merampas wang tunai berjumlah lebih RM40,000 serta menyita tiga buah kenderaan jenis Toyota Vellfire, Honda Jazz dan Volkswagen Wald,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Tambahnya, nilai rampasan dadah berkenaan dianggarkan kira-kira RM360,000 manakala jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan lebih RM660,000.

Menurut Abd. Jalil kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Katanya, suspek yang mempunyai rekod lampau melibatkan kesalahan dadah dan jenayah direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini memperoleh bekalan dadah daripada Lembah Klang sebelum diedarkan ke seluruh negeri ini dan mereka aktif melakukan kegiatan itu sejak dua bulan lalu,”ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI