fbpx

CAAM wajibkan kehadiran taklimat pematuhan peraturan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan helikopter jenis LEO yang dinaiki lima lelaki terhempas di kawasan kargo LTSAAS, Subang semalam.

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan menganjurkan taklimat pematuhan peraturan keselamatan khusus kepada pengendali helikopter tempatan susulan kekerapan insiden membabitkan helikopter akhir-akhir ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Chester Voo berkata, taklimat itu juga akan membabitkan organisasi penyelenggaraan dan juruterbang helikopter di negara ini.

Beliau berkata, taklimat pematuhan itu penting bagi memastikan undang-undang dan peraturan dipatuhi sepenuhnya.

“Kehadiran semua yang terlibat adalah wajib,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Chester berkata, sesi taklimat itu adalah tindakan segera diambil pihaknya susulan tiga insiden membabitkan helikopter dalam tempoh kurang enam bulan.

Katanya, taklimat pematuhan peraturan keselamatan itu akan merangkumi latihan pengurusan keselamatan, mengenal pasti sebarang perkara berbahaya serta faktor dan penilaian risiko keselamatan untuk dipertimbangkan dalam pengurusan keselamatan bagi semua pihak termasuk organisasi kecil.

“Semua pengendali helikopter di Malaysia telah diperiksa sepenuhnya malah mereka diwajibkan memiliki lesen sah serta sijil-sijil penyelenggaraan bagi memastikan kelayakan juruterbang adalah sahih selain kelayakan untuk menerbangkan helikopter mereka,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI