fbpx

Viagra mampu halang serangan jantung, panjangkan usia lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kajian baharu menunjukkan Viagra dapat membantu lelaki hidup lebih lama. – Shuttershock/Oleg Elkov

LONDON – Ubat bagi merawat masalah mati pucuk, Viagra boleh membantu memanjangkan jangka hayat lelaki dan mengelak mereka mengalami serangan jantung, demikian menurut satu kajian baharu.

Pasukan penyelidik dari Institut Karolinska di Sweden memberikan ubat dikenali sebagai ‘pil biru’ itu kepada pesakit arteri koronari dalam kalangan lelaki. Penyakit itu menyebabkan bekalan darah ke jantung terhalang akibat longgokan lemak pada arteri atau salur darah.

Mereka mendapati lelaki yang mengambil Viagra bukan sahaja hidup lebih lama, malah mempunyai risiko lebih rendah untuk mengalami serangan jantung berulang.

Meskipun hubung kait antara keduanya masih belum jelas, pasukan penyelidik berkenaan berharap penemuan itu akan mendorong lelaki yang mempunyai masalah arteri koronari untuk berbincang dengan doktor tentang kemungkinan mengambil Viagra.

Masalah mati pucuk selalunya merupakan tanda amaran awal penyakit kardiovaskular pada lelaki yang sihat dan boleh dirawat dengan dua jenis ubat.

Bagi pilihan pertama, lelaki boleh diberi suntikan alprostadil yang akan melebarkan saluran darah pada zakar.

Sementara itu bagi pilihan alternatif, lelaki boleh ditawarkan enzim fosfodiesterase5 (PDE5), seperti yang terdapat dalam ubat Viagra bagi mening­katkan aliran darah dan me­rangsang ereksi.

Ubat mengandungi PDE5 bertindak menurunkan tekanan darah dan sebelum ini tidak disarankan untuk lelaki dengan masalah arteri koronari kerana risiko serangan jantung.

Bagaimanapun, pada 2017, penyelidik dari institut pengajian tinggi Sweden itu menunjukkan bahawa lelaki yang pernah mengalami serangan jantung boleh menerima kehadiran PDE5 dengan baik, bahkan membantu memanjangkan jangka hayat mereka

Dalam kajian susulan terbaharu ini, kumpulan saintis itu menganalisis 18,500 lelaki yang dirawat kerana mati pucuk.

Seramai 16,500 daripada mereka menggunakan Viagra manakala baki 2,000 lagi menerima suntikan alprostadil.

Analisis menunjukkan lelaki yang menggunakan ubat Viagra hidup lebih lama dan mempunyai risiko lebih rendah mendapat serangan jantung berulang, kegagalan jantung, pelebaran saraf belon dan pembedahan pintasan berbanding mereka yang menerima suntikan alprostadil. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI