fbpx

KLIA Crazy Sale tawar diskaun sehingga 70% bermula Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Bhd. (Malaysia Airports) akan menganjurkan KLIA Crazy Sale bermula Khamis hingga Ahad ini bertempat di Tingkat 5, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan tawaran diskaun sehingga 70 peratus.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin berkata, acara itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk membantu peruncit terus mencatat hasil sementara sempadan antarabangsa masih lagi ditutup.

Beliau berkata, melihat kejayaan KLIA Crazy Sale tahun lalu yang mendapat sambutan positif, orang ramai dapat membeli-belah di lapangan terbang tanpa perlu mempunyai pas masuk.

“Untuk acara tahun ini, kami mengalu-alukan lebih daripada 19,000 pembeli berkunjung ke KLIA untuk membeli-belah.

“Program ini juga sejajar de­ngan strategi penetapan semula pusat komersial kami untuk mengubah lapangan terbang menjadi lebih daripada sekadar pusat pengangkutan, tetapi juga sebagai destinasi perbelanjaan dan gaya hidup, ” kata­nya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Dalam pada itu, Hani Ezra me­nerangkan, selain tawaran jualan oleh peruncit lapangan terbang, KLIA Crazy Sale juga akan menampilkan jenama artisanal tempatan yang merupakan sebahagian daripada inisiatif HIMPUN Online pada shopMyairports.

Ia merupakan platform e-dagang bagi pelancongan runcit pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk terbaik Malaysia.

Selain itu, pengunjung yang berbelanja minimum RM250 berpeluang untuk menyertai peraduan dan menerima baucar RM20 shopMyairports.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI