fbpx

[VIDEO] Instafamous tunggang RXZ dikompaun RM400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan seorang wanita menunggang motosikal Yamaha RXZ di Dungun yang dimuat naik ke akaun media sosialnya baru-baru ini.

DUNGUN – Gara-gara memuat naik video menunggang motosikal Yamaha RXZ yang tidak memiliki nombor pendaftaran, seorang Instafamous wanita didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Afifie Laila Abdullah, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab. Latif.

Berdasarkan pertuduhan, Afifie Laila didakwa menunggang motosikal yang tidak mempamerkan nombor pendaftaran hadapan pada pukul 6.15 petang, 12 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM300 hingga RM3,000 jika sabit kesalahan.

Kosmo! 18 Mac lalu melaporkan Afifie Laila dikompaun RM300 oleh JPJ kerana tidak memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal Yamaha RXZ.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, kesalahan tersebut dikesan menerusi penyebaran video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial pada baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI