fbpx

Ramai percaya makhluk asing wujud dalam kalangan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJII SELIDIK di Britain mendapati ramai orang yakin kewujudan makhluk asing. – Alamy/The Sun

LONDON – Satu kaji selidik di Britain mendedahkan bahawa satu pertiga rakyat negara itu percaya makhluk asing hidup dalam kalangan manusia, demikian lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kaji selidik sama menyatakan, orang ramai juga percaya kerajaan menyembunyikan maklumat tentang objek terbang tidak dikenali (UFO).

Selain itu, hampir satu dalam tujuh penduduk di Britain tidak menolak kemungkinan makhluk asing akan mengambil alih planet Bumi pada tahun 2040.

Bekas penjawat awam Kementerian Pertahanan, Nick Pope yang mengendalikan laporan makhluk asing turut meramalkan bukti kukuh mengenai kewujudan makhluk asing akan ditemui pada tahun ini.

Katanya, 2021 akan menjadi tahun yang mempunyai banyak cerita berkaitan UFO berikutan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dijangka mendedahkan lebih banyak maklumat.

“Kaji selidik ini menggambarkan bahawa kepercayaan kepada UFO dan makhluk asing adalah meluas dalam kalangan orang ramai,” katanya kepada The Sun.

Dalam pada itu, lebih daripada satu perempat rakyat Britain berpendapat bahawa negara itu perlu mempunyai pelan ketente­raan untuk menghadapi sebarang pencerobohan makhluk asing.

Kaji selidik yang dilakukan oleh firma penyelidikan, OnePoll bersempena minggu makhluk asing Blaze TV itu turut mendapati satu pertiga responden berpendapat bahawa perlunya ada pasukan petugas UFO.

“Setahu saya, tiada pelan sedemikian (di Britain),” ujar Pope. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI