fbpx
Keadaan di hadapan Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur selepas negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. - AFP/Aliff NOR

Rakyat Korea Utara diekstradisi dihadapkan ke mahkamah AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Wargenegara Korea Utara yang diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) dari Malaysia tiba di mahkamah persekutuan Washington semalam bagi menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram, lapor agensi berita AFP.

Menurut Jabatan Kehakiman, Mun Chol Myong, 55, merupakan rakyat Korea Utara pertama yang diekstradisi ke AS.

Dia ditahan atas pertuduhan pengubahan wang haram menerusi sistem kewangan AS yang dilakukan antara April 2013 hingga November 2018 bagi membekalkan barangan mewah ke negaranya.

“Dakwaan tersebut menuduh Chol Myong sebagai menipu pihak bank dan mencuci wang dalam usaha untuk mengelakkan sekatan penyebaran yang dikenakan ke atas Korea Utara oleh AS dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Kami akan terus menggunakan undang-undang jangka panjang untuk melindungi rakyat AS daripada pengelakan sekatan dan ancaman keselamatan negara lain,” ujar Penolong Peguam Negara, John Demers.

Chol Myong menghadapi enam pertuduhan pengubahan wang haram dengan nilai transaksi berjumlah lebih AS$1.5 juta (RM6.2 juta).

Dia turut dituduh bersekongkol dengan organisasi perisik utama Korea Utara, Reconnaissance General Bureau.

Terdahulu, Pyongyang pada Jumaat lepas memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia sebagai tindak balas kepada tindakan Kuala Lumpur yang mengekstradisi Chol Myong ke AS.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Korea Utara, pihak berkuasa Malaysia ‘melakukan jenayah yang tidak boleh diampunkan’ kerana secara paksa menghantar rakyat Korea Utara yang tidak bersalah ke AS dan secara membuta tuli tunduk kepada tekanan Washington.

Susulan pengumuman itu, Malaysia memberikan tempoh 48 jam kepada kakitangan dan pegawai Korea Utara untuk meninggalkan negara itu bermula Jumaat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN