fbpx

PM seru kerjasama di peringkat teknikal dimuktamadkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (dua dari kanan) bercakap sesuatu kepada Vivian (kanan) ketika menerima kunjungan beliau di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru agar kerjasama di peringkat teknikal berhubung cadangan pengiktirafan timbal balas terhadap Sijil Vaksin Covid-19 melibatkan Malaysia dan Singapura dapat diteruskan dan dimuktamadkan pada masa hadapan.

Beliau berkata, beberapa sekatan berupa penangguhan terhadap pengaturan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara sebelum ini juga diharap dapat segera ditamatkan mengambil kira kepentingan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Katanya, ini merangkumi Skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), dan Peraturan Perjalanan Harian (DCA).

“Saya turut menyatakan komitmen Malaysia untuk bukan sahaja meneruskan hubungan baik yang sedia terjalin dengan Singapura, malah memperkukuhkan lagi tahap hubungan sedia ada,” katanya.

Muhyiddin terdahulu menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari ke Malaysia bermula hari ini hingga esok.

Vivian diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri republik itu, Chee Wee Kiong.

Turut hadir di pihak Malaysia ialah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Dalam pertemuan itu, Muhyiddin berkata, Vivian turut menyerahkan surat jemputan daripada Perdana Menteri Singapura kepadanya untuk menghadiri Pemukiman Pemimpin Tahunan Malaysia-Singapura kali ke-10.  K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI