fbpx

100 ekor ayam mati terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah reban ayam hampir rentung dalam satu kebakaran di Taman Nilam Tanjung, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), hari ini.

SEBERANG PERAI – Kira-kira 100 ekor ayam pelbagai jenis rentung dalam kejadian kebakaran di Taman Nilam Tanjung, Simpang Ampat di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.33 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja sampai ke lokasi, didapati sebuah reban ayam kelas C sedang terbakar.

“Api bagaimanapun berjaya dikawal dan dipadamkan tidak lama selepas itu,” ujar jurucakap terbabit.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati, kira-kira 95 peratus daripada reban yang berkeluasan kira-kira 37 meter persegi telah dijilat api.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan.

Operasi itu dijalankan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kawan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI