fbpx

Kelibat wanita misteri disangka hantu rupanya manusia sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video yang menampakkan kelibat seorang wanita misteri yang disangka hantu tanpa wajah. – Suara Bali

JAKARTA – Kelibat wanita misteri disangka hantu yang muncul dalam video operasi mencari dan menyelamat mangsa kemalangan maut yang tular di media sosial sebenarnya ialah manusia sebenar, lapor laman berita Suara Bali.

Wanita yang berambut panjang dengan wajahnya yang tidak kelihatan itu ialah seorang warganegara Mexico yang turut membantu mencari mangsa kemalangan dalam kejadian yang berlaku di Sungai Petamu Ubud, Bali.

Kelibat wanita berambut panjang dengan wajahnya yang tidak kelihatan sebelum ini tular di media sosial. – Suara Bali

“Kelibat wanita itu bukanlah makhluk halus, sebaliknya seorang manusia sebenar,” jelas Ketua Operasi dan Makluman Basarnas Bali, Anak Agung Alit Supartana mengesahkan perkara itu.

Video tersebut yang dikongsikan @denpasar.viral sebelum itu tular di media sosial dengan rata-rata netizen menyangka dia ialah hantu tanpa wajah yang muncul di lokasi kemalangan maut.

Terdahulu, seorang mangsa kemalangan maut, Ni Komang Ayu Ardani, 37, masih gagal ditemui setelah motosikalnya terjatuh ke dalam sungai beberapa hari lepas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN