fbpx

Siti Aafiyah makin persis Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Nurhaliza bersama puteri sulungnya, Siti Aafiyah.

PEJAM celik, dah besar pun anak sulung kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah.

Aafiyah pun tidak lama lagi bakal timang adik lelaki pada bulan depan kerana ibunya kini sedang sarat hamil anak kedua.

Suka Diva tengok gelagat-gelagat comel Aafiyah yang dikongsikan Siti dalam Instagramnya. Cuma baru-baru ini, paling mencuri tumpuan apabila rupa si comel berusia tiga tahun itu semakin menunjukkan iras persis dengan ibunya.

Saling tak tumpah ikut wajah Siti sewaktu kecil dahulu sehingga ada yang melabel Aafiyah sebagai ‘mini Siti Nurhaliza’. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Tak sabar nak tunggu kelahiran adik lelaki Aafiyah nanti. Mesti kacak ikut wajah ayahnya Datuk K.

DIVA: Alhamdulillah penganjuran majlis perkahwinan sudah pun dibenarkan. Ramai juga artis naik pelamin sejak akhir-akhir ini. Tahniah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI