fbpx

MFL diminta kaji kehadiran orang ramai ke stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican berucap pada majlis penyerahan Surat Pelantikan Panel Of Experts Kementerian Belia dan Sukan di Hotel Le Meridien, Putrajaya di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kehadiran kumpulan orang ramai ke stadium antara perkara yang perlu diperhalusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam usaha merancakkan semula saingan Liga Malaysia secara berterusan mengikut SOP yang ditetapkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kanak-kanak dan golongan warga emas bagaimanapun tidak digalakkan hadir ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak memandangkan mereka tergolong dalam kumpulan yang mudah terdedah kepada Covid-19.

Katanya, walaupun tiada undang-undang yang melarang dua kumpulan tersebut namun, perkara itu perlu diberikan perhatian demi kebaikan bersama.

“Sebab itu perkara seumpama ini perlu diperhalusi selain penjualan tiket secara dalam talian, tempat penjualan makanan berkonsepkan ‘food truck’ di luar stadium, semua perlu ada SOP dan dipatuhi,” Katanya pada majlis penyampaian surat pelantikan Panel Of Experts Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.

Katanya lagi, kementerian amat berhati-hati dan pihaknya perlu meyakinkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM) bahawa segala usaha yang dilakukan selama ini boleh mencapai matlamat.

“Sebab itu saya buat Proof of Concept (POC) untuk menilai keberkesanan Protokol Pengurusan Penonton di Stadium Sultan Ibrahim, Johor dan Stadium KLFA Cheras pada 2 dan 3 April depan.

“Saya akan buktikan kepada MKN dan KKM, namun pada masa sama, saya juga mahu lihat penonton menjayakannya kerana kalau mereka gagal laksanakan, mungkin kebenaran ini tidak akan diberikan lagi pada perlawanan berikutnya,” jelasnya.

Reezal Merican berkata, antara beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian oleh MFL dan pasukan daripada KBS adalah pergerakan keluar masuk penonton ke dalam stadium.

“Ada stadium yang memiliki pintu masuk yang besar dan kecil, jika 2,000 penonton berkumpul, ia akan menjadi kelompok yang besar,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI