fbpx

Lakonan antagonis Taec-yeon dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OK TAEC-YEON

RATA-RATA peminat K-pop memuji lakonan dan watak antagonis yang dibawakan aktor serba boleh, Ok Taec-yeon menerusi naskhah terbaharunya Vicenzo.

Mengetengahkan genre komedi aksi, Taec-yeon membawakan watak sebagai peguam pelatih yang tegas dengan raut wajah sentiasa bengis membuatkan lakonannya dipuji ramai.

Sebelum ini, pelakon yang juga rapper terkenal berumur 33 tahun itu pernah membawakan watak utama dalam beberapa buah drama, namun lakonan sering menerima kritikan negatif.

Bagaimanapun, lakonannya sebagai Jang Jun-woo dalam Vicenzo sepertinya telah mengubah persepsi ramai. Selain Taec-yeon, drama berkenaan turut menampilkan lakonan hebat Song Joong-ki dan Jeon Yeo-been

“Setiap kali Ok Taec-yeon muncul dan mengubah ekspresi wajahnya, bulu roma saya jadi meremang.

“Lakonannya mantap dan perlu dipuji,” komen seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI