fbpx

Pasukan risik PDRM bakal dilengkapi baju kalis peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (kanan) menyampaikan topeng muka dan air mineral kepada anggota polis yang bertugas di SJR Plaza Tol Skudai, Johor Bahru di sini hari ini. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk melengkapkan pasukan perisik dengan ‘inner bullet-proof vest’ sebagai perlindungan ketika menjalankan tugas.

Pengarah Logistik Dan Teknologi PDRM, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kelengkapan keselamatan itu akan diperolehi dalam masa terdekat untuk kegunaan unit yang berkaitan.

Katanya, sebelum ini Bukit Aman sudah membeli jaket kalis peluru dan telah diedarkan untuk kegunaan anggota dan pegawai berpakaian seragam.

“Bagi anggota yang memakai seragam PDRM, mereka akan dibekalkan dengan jaket kalis peluru biasa manakala unit risikan akan dilengkapi dengan jaket kalis peluru yang dipakai di bahagian dalam.

“Jaket kalis peluru yang akan diperoleh tidak lama lagi itu juga boleh digunakan unit lain seperti unit rondaan bermotosikal (URB),” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau membuat lawatan ke sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Skudai, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Jelas Mazlan lagi, pihaknya juga merancang untuk mengedarkan kelengkapan penjagaan seperti pelitup muka dan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan pihak keselamatan yang berkawal di SJR di seluruh negara.

“Kita akan mulakan dengan wilayah Selatan melibatkan negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sebagai permulaan sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah inisiatif bagi memberi sokongan moral kepada mereka yang berpenat lelah menjaga sempadan negeri di seluruh negara,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI