fbpx

Bekas Pegawai Daerah Muar dilantik Datuk Bandar MBIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni menyempurnakan upacara pemakaian jubah, kalung dan songkok kepada Datuk Bandar MBIP, Mohd. Haffiz di Dewan Serbaguna MBIP, Skudai, di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Pengetahuan dan pengalaman yang cukup luas dalam tadbir urus kerajaan negeri menjadi ukuran pelantikan Datuk Mohd. Haffiz Ahmad sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang baharu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, beliau mempunyai pengalaman dalam tadbir urus kerajaan dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Muar sebelum ini.

”Dengan pengalaman itu, saya yakin dan percaya beliau mampu untuk melaksanakan tugas dengan baik dan menggalas amanah yang besar dalam meneruskan agenda pembangunan bandar raya Iskandar Puteri ini.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Adib Azhari Daud dan Datuk Salehuddin Hassan, mantan Datuk Bandar MBIP yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang dan berdedikasi,”  katanya ketika berucap pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Datuk Bandar Iskandar Puteri Yang Ketiga di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dekat Skudai di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI