fbpx

Terengganu pasar produk ‘Daging Katang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kiri) menunjukkan demostrasi memotong daging lembu sado dengan teknik betul pada majlis pelancaran projek Penternakan Lembu Sado Berkelompok di Jabi, Besut hari i

BESUT – Kerajaan negeri Terengganu berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran produk ‘Daging Katang’ daripada lembu sado bagi meningkatkan pendapatan penternak di negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, seekor lembu sado bukan sahaja boleh menghasilkan daging seberat hampir setan malah berkualiti tinggi.

“‘Daging Katang’ yang lembut dan berjus sesuai untuk dijadikan menu hidangan hotel yang bernilai tinggi.

“Walaupun tidak mampu menyaingi harga daging Wagyu, daging lembu sado boleh dijual pada harga sehingga RM600 sekilogram jika dipotong dengan teknik yang betul,” katanya selepas merasmikan projek Pembangunan Lembu Sado Berkelompok di Jabi di sini hari ini.

Azman berkata, projek Pembangunan Lembu Sado Berkelompok tersebut merupakan strategi kerajaan negeri Terengganu untuk meningkatkan pengeluaran Daging Katang.

Ujar beliau, seramai kira-kira 70 penternak lembu sado di seluruh daerah di negeri ini kecuali Kuala Terengganu terlibat dalam projek perintis berkenaan melibatkan peruntukkan keseluruhan RM1 juta.

“Peserta projek itu perlu membela lembu sado mereka di kawasan padang ragut disediakan di setiap daerah terlibat,” katanya.
-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI