fbpx

PKPD di Pulau Tioman bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pulau Tioman, Rompin, Pahang bermula esok sehingga 29 Mac 2021.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 48 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 16 kes positif telah direkodkan.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi. Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Pulau Tioman,” ujarnya melalui satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pelaksanaan PKPD tersebut untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI