fbpx

Pyo Ye-jin ganti Na-eun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PYO YE-JIN

AKTRES Pyo Ye-jin disahkan menyertai drama terbaharu SBS berjudul Taxi Driver, sekali gus menggantikan pelakon asalnya iaitu Na-eun.

Menurut sumber produksi, Ye-jin membawakan watak sebagai Go Eun yang pada asalnya dilakonkan Na-eun yang digugurkan daripada drama berkenaan akibat terpalit isu buli.

“Buat masa ini, Taxi Driver sudah menjalani hampir 60 peratus penggambaran, tetapi semua rakaman yang melibatkan Na-eun terpaksa dirakamkan semula,” tulis sumber.

Taxi Driver merupakan sebuah naskhah bergenre misteri yang turut dibintangi pelakon hebat lain termasuk Lee Je-hoon dan Kim Eui-sung.

Drama bersiri berkenaan dijadualkan menemui penonton bermula 9 April depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI