fbpx

Perkampungan koko diwujud di Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Lembaga Pengelola LKM, Aliakbar Gulasan (tengah) menyampaikan baucar input pertanian bernilai RM26,449 kepada penerima pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Jengka di Maran hari ini.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN – Lembaga Koko Malaysia (LKM) akan mewujudkan Perkampungan Koko di Lipis pada tahun ini yang merupakan projek perintis dalam pembangunan industri komoditi negara.

Pengerusi Lembaga Pengelola LKM, Aliakbar Gulasan berkata, projek yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu melibatkan pembangunan kawasan seluas 77 hektar termasuk 17 hektar tanah yang telah ditanam dengan koko di Senderut Lipis.

“Dalam merealisasikan hasrat ini LKM telah memilih 143 petani daripada kira-kira 5,000 penduduk di lebih lapan buah kampung tradisi di kawasan tersebut.

“Perkampungan koko ini akan dilengkapi pelbagai kemudahan infrastuktur untuk kemudahan peserta yang turut akan menjadikannya satu destinasi pelancongan pertanian baharu,”katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Cendera Kenangan Bakal Pesara di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko (PPPK) Jengka di sini, hari ini.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Shahril Azman Abd.Halim; Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) LKM, Dr. Ahmad Kamil Mohd Jaaffar dan Pengurus Pusat PPPK Jengka, Dr. Roziya Osman.

Menurut Aliakbar, misi LKM ialah memperkasakan petani koko sedia ada disamping melahirkan kebih ramai petani baharu yang menjadikan komodoti itu sebagai sumber pendapatan utama.

Selain itu, beliau memberitahu LKM juga akan berusaha membuka ladang-ladang koko berskala besar dari semasa ke semasa berikutan permintaan tinggi koko mentah di pasaran tempatan.

“Pada masa sama LKM akan terus berusaha melahirkan lebih banyak usahawan koko yang dapat menghasilkan pelbagai produk coklat berbanding hanya 200 orang usahawan koko setakat ini,”katanya.

Sementara itu, beliau berkata, keluasan tanaman koko di Malaysia pada masa ini ialah kira-kira 5,018 hektar membabitkan 5,046 petani di seluruh negara.

Ujarnya, keluaran komoditi koko yang diredodkan pada 2020 ialah sebanyak 706 tan metrik dengan nilai komersial kira-kira RM5 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI