fbpx

Pengusaha koko wajar beralih ke produk hiliran premium – Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah (tengah) menanam tanaman koko di Program Tanaman Koko sempena Trek Komoditi Zon Tengah 2023 di Kebun Lee's Cocoa Farm, Tanjung Sepat, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

KUALA LANGAT – Kerajaan mahu para pengusaha kebun kecil koko mengubah corak pendapatan mereka dengan beralih kepada produk hiliran yang lebih bersifat premium.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata, ia antara usaha yang boleh dilaksanakan mereka sekali gus mampu memberikan nilai tambah kepada industri koko.

Katanya, ketika ini harga biji koko kering biasa hanya sekitar RM7 sekilogram dan jika dijadikan produk premium, boleh mencecah sehingga RM15.

“Lembaga Koko Malaysia (LKM) sedia bantu penanam kerana agensi ini memang sering buat kajian bagi menghasilkan benih bermutu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas program Trek Komoditi Zon Tengah Semenanjung Malaysia 2023, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI