fbpx
Janna Nick

Jangan cabut nyawa sendiri – Janna Nick kongsi cara hadapi tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Minta dijauhkan daripada terdetik dalam hati untuk mencabut nyawa sendiri sebab itu bukan tugas kita dan berbaliklah kepada agama.”

Itu antara respons pelakon dan pengacara Janna Nick mengenai pendekatan peribadinya semasa berdepan tekanan dan kritikan daripada masyarakat.

Cara terbaik yang dilakukan Janna juga adalah tidak mengharapkan pujian dan menerima setiap kutukan dengan cara positif.

“Hendak kutuk biarkan, jangan harapkan pujian daripada manusia”.

Janna berkongsi perkara tersebut menerusi sesi soal jawab bersama pengikut Instagramnya.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner, 26, berkata demikian bagi menjawab soalan salah seorang pengikut Instagramnya.

“Macam mana Janna hadapi kecaman dan kritikan?,” soal individu tersebut dalam sesi soal jawab dalam Instagram.

Nasihat pelakon drama Marry Me Senorita itu, setiap orang perlu mengambil setiap kritikan yang dilemparkan dengan cara yang positif.

“Kena ambil setiap kritikan dengan positif dan membina. Elakkan daripada menjadikannya sebagai perkara yang buat kita rasa negatif.

“Perlu ingat, yang selayaknya untuk menilai kita bukannya manusia. Jadi jangan harapkan pujian orang, mereka hendak kutuk, terserah,” katanya ringkas.

Selain bercakap tentang kecaman, pengacara Melodi itu turut menjawab soalan mengenai karier dan tips penjagaan kulit dalam sesi soal jawab tersebut yang turut dimuat naik dalam satu hantaran Instagram.

Untuk rekod, sejak akhir-akhir ini, nama Janna sering menjadi mangsa kecaman netizen selepas didakwa mempersenda nama sebuah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink dalam dramanya bertajuk Delen.

Susulan daripada kejadian tersebut, Janna mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap individu yang memfitnahnya. – K! ONLINE