fbpx

Henderson layak kekal di United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON diturunkan dalam dua perlawanan sebelum ini dan berjaya menampilkan aksi tanpa bolos termasuk ketika menewaskan City Ahad lalu. – AFP

MANCHESTER – Bekas penjaga gol Manchester United, Ben Foster mengakui bahawa Dean Henderson sudah memiliki mentaliti terbaik untuk memburu lebih banyak kejayaan di Old Trafford.

Henderson diletakkan sebagai penjaga gol kedua di belakang David De Gea musim ini tetapi masih berjaya melakukan 16 penampilan musim.

Foster yang kini beraksi bersama Watford pernah menyarung jersi United dari 2005 hingga 2010 memuji aksi cemerlang yang ditampilkan Henderson tetapi mengakui situasi itu menyebabkan salah seorang sama ada pemain itu atau De Gea terpaksa meninggalkan pasukan tersebut.

“Dean adalah seorang penjaga gol yang baik. Anda boleh tanya sesiapa sahaja yang menyaksikan aksinya dan dia berada pada tahap terbaik.

“Perkara paling utama adalah bermain dengan pasukan seperti United adalah anda memerlukan mentaliti. Ketika saya bersama mereka, saya fikir saya sudah mempunyai kemampuan tetapi saya tidak mempunyai mentaliti. Saya rasa tidak bersedia tetapi tidak bagi Dean.

“Dia sentiasa mahu beraksi dalam kesebelasan utama. Dia memberikan aksi yang sangat baik ketika dipinjamkan ke Sheffield musim lalu. Dia menandatangani kontrak baharu, bermakna dia mahu kekal dan menjadi penjaga gol No. 1 kelab ini.

“Tetapi, ia bukanlah tugas mudah kerana De Gea juga mahukan perkara yang sama. Ia bukanlah suatu yang baik kerana pada akhirnya seseorang perlu meninggalkan pasukan,” jelasnya.

Laporan sebelum ini menyebut, khidmat Henderson diintai oleh beberapa kelab seperti ­Tottenham Hotspur dan Borussia Dortmund sementara De Gea menyuarakan hasrat untuk kembali beraksi di Sepanyol biarpun Paris Saint-Germain turut memantaunya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI