fbpx

TH sambut baik tambahan 10,000 kuota rasmi haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik tambahan kuota rasmi haji buat jemaah Malaysia sebanyak 10,000 lagi oleh kerajaan Arab Saudi.

Lembaga TH dalam satu kenyataan media berkata, tambahan kuota itu merupakan usaha Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud semalam.

“Penambahan kuota haji ini akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan ibadat haji serta dapat mengurangkan masa menunggu untuk masa-masa hadapan.

“Saban tahun TH akan membuat persediaan rapi merangkumi pelbagai aspek di tanah air dan tanah suci bagi memastikan kelancaran umat Islam di Malaysia melaksanakan rukun Islam ke lima,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam, Muhyiddin memaklumkan, Malaysia mendapat tambahan kuota rasmi haji 10,000 yang akan dilaksanakan selepas keadaan wabak Covid-19 terkawal dan ibadah itu dibuka semula.

Perkara itu dipersetujui oleh Putera Mahkota Arab Saudi dalam pertemuan mereka di Istana Al Yamamah di sini petang semalam waktu tempatan.

Muhyiddin menjelaskan ada kira-kira 3.6 juta bakal jemaah haji berdaftar dengan TH dan secara asasnya terpaksa menunggu hingga 130 tahun untuk mendapatkan giliran mengerjakan haji.

Bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi belum membuat keputusan berhubung operasi ibadat haji tahun ini termasuk jumlah jemaah yang akan dibenarkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI