fbpx

Semoga mahligai yang dibina sampai ke syurga – Mertua Hannah Delisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARIANA Yati bersama anak lelakinya Imam dan Hannah.

PETALING JAYA – “Syurgamu merestuimu anakku.”

Itu respons ibu mertua Hannah Delisha, Mariana Yati berikutan tularnya kisah perkahwinan aktres Langsuir itu dengan anak lelakinya Imam Shah yang didakwa tidak nendapat restu ibu kandung Hannah, Noor Ashikin Ahmad.

Menerusi Instagramnya, Mariana dilihat turut memuat naik sekeping foto ketika sama-sama meraikan perkahwinan anak dan menantunya itu.

Dalam hantaran berbeza, Mariana yang juga merupakan seorang pelakon veteran Singapura itu turut memuat naik status berupa doa memohon keberkatan perkahwinan anaknya bersama Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25.

“Subhanallah. Allah SWT segala-Nya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah.

“Allah SWT itu Al-Alim. Ingat itu Imam dan Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku,” tulis Mariana.

Sejak semalam, heboh apabila tercetusnya spekulasi selepas ibu kepada Hannah memuat naik bait-bait puisi berjudul Hikayat Antah Berantah yang memberi bayangan seolah-olah tidak merestui perkahwinan anak perempuannya.

Malah, dalam setiap hantaran yang dikongsikan sejak 23 Februari lalu itu turut disertakan dengan tanda pagar #ibutidakrestu.

Sehingga hari ini, Baik Hannah atau Imam, kedua-duanya masih tidak mengeluarkan kenyataan bagi menjawab teka-teki kepada persoalan yang ditimbulkan Noor Ashikin.

Pada 18 Februari lalu, Hannah mengejutkan ramai apabila membuat pengumuman perkahwinannya dengan Imam di Singapura. Majlis yang diadakan secara tertutup tersebut dikatakan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI