fbpx

Wanita sarat mengandung maut ditetak suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TAWAU – Seorang wanita sarat mengandung ditemui maut dengan kesan tetakan dibahagian leher dalam kejadian di sebuah rumah kongsi tidak bernombor di Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50, Jalan Tawau Semporna kelmarin.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, suami mangsa dipercayai menetak wanita berkenaan ekoran berang selepas mensyaki isterinya mempunyai hubungan sulit.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, mayat mangsa ditemui berada di ruang tamu rumah manakala suspek disyaki melarikan diri selepas melakukan pembunuhan.

“Motif kejadian dipercayai akibat suspek mengetahui tentang hubungan sulit mangsa namun wanita terbabit enggan menceritakannya kepada suspek.

“Pemeriksaan awal fizikal ke atas mayat wanita berkenaan menemui satu kesan tetakan dibelakang leher mangsa.

“Mangsa juga dipercayai sedang mengandung,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Peter Umbuas berkata, pihaknya berjaya menahan suami mangsa yang juga suspek utama kira-kira pukul 12.05 tengah malam di kawasan ladang kelapa sawit Kanda Jelita, Jalan Tawau-Semporna.

Menurut beliau, penangkapan suspek dijalankan selepas risikan maklumat menyatakan suspek telah melarikan diri sejauh tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

“Suspek ialah seorang lelaki warganegara Filipina berusia 22 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Turut dirampas sebilah parang panjang berukuran 68 sentimeter bersama sarung parang warna biru dan sehelai seluar panjang,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI