fbpx

Pekerja MRT maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

PETALING JAYA – Seorang pekerja MRT maut digilis lori selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya di susur ke Lebuhraya Sultan Iskandar Shah (selepas Terowong Duta) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, mangsa, Nur Saiful Fitri Samsulnzli berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas mangsa yang bergerak dari Istana Baru selepas Terowong Duta cuba mencelah antara dua kenderaan.

“Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha MT09 itu didapati telah mencelah antara sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang wanita berusia 29 tahun dan sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 28 tahun.

“Mangsa bagaimanapun gagal mencelah dan telah bergesel dibahagian sisi kiri kereta Perodua Axia berkenaan sebelum terjatuh dibawah tayar dan gilis lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dah bedah siasat akan dilakukan selepas keputusan ujian Covid-19 diperolehi.

“Kedua-dua pemandu kereta dan lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI