fbpx

Majlis pecah tanah Taman Solar Sultan Ibrahim ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Majlis pecah tanah projek Taman Solar Sultan Ibrahim di Pengerang, dekat sini terpaksa dibatalkan kerana sehingga kini Kerajaan Persekutuan belum memberikan sebarang maklum balas berkaitan cadangan projek tersebut.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, projek Taman Solar Sultan Ibrahim bernilai RM1.4 bilion itu akan menjadi yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara dengan berkapasiti 450 megawatt (MW).

“Saya nampak tidak ada alasan mengapa Kerajaan Persekutuan tidak boleh berikan peluang kepada negeri Johor untuk menjadi pengeluar tenaga elektrik yang mesra alam ini.

“Kita ada kawasan tanah yang sesuai, pembangunan yang pesat di negeri ini dan permintaan dari negara jiran, menjadikan Johor sebagai lokasi yang paling strategik” titah baginda di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Cadangan Majlis Pecah Tanah Projek Taman Solar Sultan Ibrahim di Pengerang, yang dijadualkan pada 23 Mac ini dengan keberangkatan Sultan Johor juga dibatalkan.

Sebelum ini, Sultan Johor bertitah, Johor akan menjadi pengeluar utama tenaga mesra alam dengan pembukaan taman tenaga solar di Pengerang.

Taman Solar Sultan Ibrahim merupakan sebuah projek atas usaha Baginda yang sentiasa menggalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi untuk rakyat dan negeri ini.

Ia adalah projek pelaburan swasta berskala besar yang pertama diperolehi oleh Negeri Johor bagi tahun ini.

Projek itu juga seiring dengan Pelan Pembangunan Mapan Johor 2030 yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran hidup rakyat.

Ia akan turut memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI