fbpx

Boleh semak tawaran MRSM esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sesi 2021, bagi ke Tingkatan 1 dan 4, boleh disemak bermula esok.

Mara dalam satu kenyataan berkata, kemasukan pada tahun ini mengambil kira dua kriteria, iaitu lulus Ujian Kecenderungan Kecemerlangan Kemasukan ke MRSM (UKKM) atau Ujian Khas Ulul Albab dan merit Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga.

“Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan semasa permohonan.

“Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi Mara di www.mara.gov.my. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem mymrsm dalam portal Mara,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari, tawaran kepada calon berkenaan di anggap terbatal.

“Permohonan rayuan ke MRSM dibuka pada 7 April sehingga 30 Mei depan secara atas talian dan pemohon tidak perlu menghantar permohonan fizikal kerana proses dilaksanakan sepenuhnya secara online.

“Pada tahun ini, Mara menerima 102,329 ribu permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4. Kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 seramai 7,783 orang pelajar, manakala bagi Tingkatan 4 pula seramai 2,426 orang pelajar,” katanya.

Menurut kenyataan itu katanya, pelajar MRSM sedia ada kini berjumlah 28,087 orang pelajar setakat Februari lalu di 53 MRSM.

Difahamkan, dua MRSM baharu akan mula beroperasi awal Jun nanti, iaitu MRSM ATM Bera, Pahang dan MRSM Bagan Datuk, Perak.

Sementara itu, Pengerusi Mara, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, Mara masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan daripada golongan berpendapatan rendah atau B40 selain turut memberi keutamaan kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI