fbpx

8,274 KRT diwujudkan dalam tempoh 46 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALIMAH

PUTRAJAYA – Sebanyak 8,274 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) diwujudkan di seluruh negara dalam tempoh 46 tahun sejak KRT diperkenalkan pada tahun 1975 dengan jumlah keahlian kini mencecah seramai 248,220 orang.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, jumlah yang tinggi itu adalah petunjuk dan bukti bahawa kesedaran dan penerimaan rakyat terhadap kepentingan peranan Rukun Tetangga.

Beliau berkata, peranan KRT akan terus diperkukuh dan dipertingkatkan menerusi inisiatif kementerian melancarkan Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Rukun Tetangga dalam usaha memantap dan memperkukuh kecekapan tadbir urus Kawasan Rukun Tetangga di seluruh negara.

“Buku ini akan dijadikan panduan dan rujukan oleh Rukun Tetangga dalam mengurus dan melaksanakan program dengan lebih tersusun dan sistematik.

“Selain itu, ia bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti berada pada tahap yang tinggi ke arah kesejahteraan komuniti,” katanya pada majlis RT4ALL: KRT Tonggak Perpaduan Komuniti di Facebook Kementerian Perpaduan Negara hari ini.

Pada majlis sama, Halimah turut melancarkan logo bagi Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan lagu rasmi baharu KRT berjudul ‘KRT Sejahtera Bersama Komuniti’ yang digubah semula bagi memberi suntikan semangat kepada warga KRT dalam mendokong hasrat merealisasikan Agenda Perpaduan Nasional.

Halimah turut melancarkan rompi keselamatan SRS baharu yang akan diedarkan kepada 5,333 SRS di seluruh negara untuk digunakan semasa tugas rondaan di KRT masing-masing.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI