fbpx
Tiga pegawai perubatan menerima kenderaan Proton X70 kurniaan Sultan Ibrahim hari ini. FOTO: ROYAL PRESS OFFICE

Sultan Ibrahim kurnia tiga Proton X70

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan kenderaan Proton X70 kepada tiga doktor sebagai menghargai perkhidmatan dalam pasukan perubatan baginda.

Salah seorang daripada penerima kurniaan Sultan Ibrahim itu ialah Dr. Jaidon Romli daripada Pejabat Kesihatan Johor Bahru yang sedang berkhidmat di Klinik Kesihatan Tampoi, di sini.

Dr. Jaidon yang bertugas di dalam pasukan perubatan Sultan Johor sejak 2010 menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kurniaan kereta tersebut.

“Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan kereta ini. Patik mendoakan semoga Baginda Tuanku Sultan serta Kerabat diraja sentiasa sihat sejahtera” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Turut menerima kurniaan Sultan Ibrahim itu ialah Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Am, Dr. Azizan Sharif dan Pegawai Perubatan Jabatan Ortopedik, Dr. Hishamudin Salam yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Kenderaan disampaikan oleh wakil baginda Datuk Perdana Dalam, Kolonel Datuk Mohamed Perang Musa. – K! ONLINE