fbpx

KASA jemput pelajar tular sertai Sahabat Sungai Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan pelajar yang membuang buku ke dalam sungai kononnya bagi meraikan peperiksaan SPM tamat baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menjemput calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tular baru-baru selepas membuang buku ke dalam sungai untuk menyertai Sahabat Sungai Malaysia (Friends of River Malaysia).

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, KASA berkata, pihaknya meminta orang ramai yang mengenali pelajar berkenaan supaya menghubungi pihak kementerian.

“Sekiranya ada pihak yang mengenali adik ini, pihak KASA ingin menjemput adik ini untuk menjadi ahli Sahabat Sungai Malaysia.

“Kami mahu mengajaknya menggerakkan program membersihkan sungai di seluruh negara bersempena Hari Air Sedunia pada 22 Mac ini.

“Insya-Allah, melalui didikan dan sokongan masyarakat, bukan sahaja adik ini, malah ramai lagi pihak akan lebih peka tentang kebersihan sungai,” katanya.

Baru-baru ini tular video mengenai seorang pelajar yang membuang buku ke dalam sungai selepas tamat peperiksaan SPM.

Difahamkan, tindakan tidak beradab itu dilakukan bagi ‘meraikan’ sempena selesai menduduki peperiksaan SPM.

Video tersebut dirakam dan dimuat naik ke aplikasi TikTok sebelum tersebar di laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pelajar tersebut yang dianggap bukan sahaja tidak menghormati ilmu malah mencemarkan alam sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI