fbpx

Devan gembira benam JDT II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAQUAN (kanan) mengalami kecederaan, namun Devan berharap ia bukanlah suatu yang serius ketika mereka akan membuat persiapan menentang Selangor II. - FB NEGERI SEMBILAN FC

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

JURULATIH pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan, berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan anak-anak buahnya dalam perlawanan pertama di laman sendiri malam tadi.

Aksi sulung di Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban itu membuahkan hasil apabila NSFC menewaskan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) II dengan memperoleh 3 mata yang pertama.

Menurut K. Devan, bertemu dengan JDT II pada perlawanan pertama bukan sesuatu yang mudah seperti mana yang diketahui pasukan itu bukan yang mudah.

“Saya berpuas hati dengan kemenangan pada malam ini serta memperoleh tiga mata pertama dan kesungguhan dan komitmen pemain.

“Saya rasa pasukan NSFC bertahan dengan baik.Ini kali pertama kita main dalam keadaan padang basah,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan pertama itu di Seremban malam tadi.

Tambahnya, namun pasukan NSFC tidak dapat menunjukkan tahap permainan sepertimana di tiga perlawanan persahabatan sebelum ini.

“Saya rasa pada keseluruhannya saya puas hati dengan pencapaian pasukan dan saya ucapkan syabas pada semua pemain,” tambahnya.

Jelasnya, beliau akan melihat semula keadaan pemain-pemain sebelum bertemu pasukan Selangor II lusa.

“Memandangkan hanya dua hari waktu rehat dan kita terpaksa bermain di sebelah petang saya akan tengok keadaan pemain-pemain dimana mereka perlu berada dalam keadaan cergas.

“Kercergasaan yang baik untuk menghadapi perlawanan menentang Selangor II dan kita akan tetap turun untuk mencari mata di Stadium Selayang nanti,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kapten NSFC, Zaquan Adha Abd. Razak yang cedera dalam perlawanan itu.

“Zaquan saya rasa tiada kecederaan serius kita akan tengok dua hari ini yang mana keadaan beliau dan kita akan tentukan kesebelasan untuk bermain untuk menghadapi Selangor II,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI