fbpx

Tiga kali cabul cucu sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Perbuatan seorang warga emas berusia 74 tahun tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar makan makan padi apabila dia yang dipertanggungjawab menjaga tiga orang cucunya bertindak mencabul salah seorang daripada mereka.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya laporan kejadian itu daripada bapa mangsa pada pukul 1.44 tengah hari semalam.

Menurutnya, anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang telah dicabul oleh datuk kandungnya sendiri di sebuah bilik tidur di rumah keluarga mangsa yang terletak di sebuah kawasan taman perumahan Skudai, dekat sini.

Tambahnya, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBU telah menahan suspek tersebut.

“Suspek yang berusia 74 tahun itu telah dipertanggungjawab untuk menjaga tiga orang cucunya yang berumur empat, lapan dan 10 tahun.

“Namun dia telah mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak tersebut ketika ibu bapa mangsa pergi berniaga. Menurut mangsa, perkara menjijikan tersebut telah berlaku sebanyak tiga kali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fariz Ammar berkata, susulan laporan itu, mangsa diiringi oleh ibunya dan pihak polis ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk pemeriksaan interim.

Katanya, pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan pada selaput dara alat sulit mangsa yang diakibatkan oleh kemasukan objek tumpul.

“Mangsa dibenarkan balik dan akan mendapatkan rawatan susulan oleh pakar kaunseling dari unit psikiatri hospital tersebut,” katanya.

kes disiasat di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI