fbpx

874 penerima suntikan vaksin Covid-19 di Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Surinah menyampaikan taklimat kepada penerima suntikan fasa pertama di Klinik Kesihatan Pontian, Pontian, Johor semalam.

PONTIAN – Pejabat Kesihatan Daerah Pontian telah mengenal pasti seramai 874 penerima suntikan vaksin di daerah Pontian yang melibatkan 450 barisan hadapan yang bertugas di Kementerian Kesihatan (KKM).

Pegawai Kesihatan Kanan Daerah Pontian, Dr. Surinah Asan berkata, 424 petugas barisan hadapan yang lain terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi yang turut membantu mencegah penularan wabak Covid-19.

“Jumlah itu termasuklah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Depoh Tananan Imigresen Pekan Nanas (DIPN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Daerah Pontian (MDP) dan lain-lain.

“Proses pemberiaan suntikan akan berjalan mengikut fasa dengan lokasi pemberiaan dijalankan di Dewan Jubli Intan Pontian, Dewan Serbanguna Majlis Daerah Pontian di Benut, Dewan Tunku Ismail Ibrahim Pekan Nanas dan Dewan Serbaguna Kampung Perpat Timbul,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng mengetuai 150 penerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Daerah Pontian ( KK3 ) Pontian.

Turut sama Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman dan Pegawai Daerah Pontian, Mohd. Raffi Abdullah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI