fbpx

Rakyat masih degil langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA- Seramai 205 individu ditahan semalam atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) termasuklah kegagalan memakai pelitup muka.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 193 individu dikompaun manakala sembilan direman serta tiga dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (70), gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan (62) serta penjarakan fizikal (25).

“Selain itu, kesalahan aktiviti pusat hiburan (18), rentas negeri tanpa kebenaran (16), premis operasi lebih masa (6), keluar rumah tanpa alasan munasabah (4) serta lain-lain (4),” katanya tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI